Tuesday, April 14, 2009

Mampukah Aku.............

Kadang-kadang terfikir juga dihati ini.... dan Terdetik dihati ini....Setiap yang kita lakukan kekadang ada saja halangan yang membantutkan perkara yang kita cuba lakukan tak kisah ler apa saja perkara...........ia pastinya membuatkan kita rasa kecewa, marah,sedih dan yang pasti hati kita akan terluka..............Tapi tahukah kita setiap yang terjadi dalam kehidupan kita adalah satu ketentuan yang perlu kita akur dan pasrah.

Sebenarnya tiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya... yang kadang-kadang kita sendiri tak tahu...

Kita seharunya renung kembali apa keburukan dan kebaikan yang akan kita terima ..........

Persoalanya Mampukah Kita ...........................

Tuesday, April 7, 2009

Mengapa Terjadi Begini......

Bak Kata Pepatah Bumi mana tak di timpa hujan, Lautan mana yang tak bergelora.. Begitulah hidup kita bila dilamun cinta....Namun kita perlu akur bila apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan...

Walaupun Begitu kita patut berterima kasih pada pasangan kerana sudi bertakhta dihati kita walaupun seketika... Dan kita juga seharusnya mengingatinya walaupun singgah dihati ini biarpun seketika.......

Mengapa terjadi Begini................ Inilah soalan yang bermain difikiran kita bila kita kecewa......

Jadi kita renung dan muhasabah diri dan yang penting kita pasrah Kerana... Ajal, Jodoh dan Maut.. semuanya telah ditentukan oleh ALLAH swt.


Bak kata Pepatah.. Kalau bukan rezeki kita.. dalam mulutpun ia akan keluar balik.. dan kalau dah rezeki kita dekat seberang laut ka, negara manaka ia tetap datang pada kita.....

Jadi Sebagai Manusia kita harus Redha....... Terimalah kebahagian yang ada sekarang kerana itu adalah anugerah yang amat bernilai dalam hidup ini...

Saturday, March 14, 2009

Joran sebatang cukup untuk teroka laut

KITA sering berdepan dengan kerenah nafsu hingga mendorong dan mendesak kepada hasrat untuk membawa seberapa banyak peralatan ketika turun memancing. Akibatnya, perkakasan itu memenuhi segenap ruang dalam bot atau dalam kereta dan van ketika dalam perjalanan ke jeti.Ada sesuatu yang menarik ketika Pak Nuri berbual dengan seorang pemancing veteran dari perkampungan nelayan di Besut, Terengganu baru-baru ini. Dia hanya cuma membawa beberapa peralatan memancing yang difikirkan perlu untuk satu-satu masa. Cara ini sudah tentu dianggap lebih selesa dan kita tidak perlu memikirkan untuk membuat pilihan yang terlalu banyak ketika di atas bot.Sikap dan amalan ini dianggap paling sesuai. Justeru, Pak Nuri mencadangkan kepada semua kaki pancing terutama kaki pancing udang galah di sungai supaya tidak mengamalkan membawa joran pancing sehingga sepuluh batang yang diikat dalam satu berkas macam kayu api!Adalah lebih sesuai dan munasabah dengan menggunakan dua batang joran saja jika memancing di laut. Malah sikap membawa terlalu banyak joran juga dirasakan tidak selesa jika joran disambar ikan serentak. “Tentu kelam kabut dibuatnya,” kata pemancing veteran itu yang mendapat gelaran Pokde Deris sambil menggayakan dua belah tangan menjulang joran pancing. “Habis (kalau terlalu banyak joran) macam mana nak gulung tali?” katanya sambil ketawa besar mengingatkan peristiwa benar yang berlaku pada dirinya ketika muda dulu. Sambil meletakkan dua batang joran lamanya di lantai serambi rumah, dia menggeleng kepala kerana terlepas dua rezeki yang sudah berada dalam tangan kerana tidak dapat mengawal kedua-dua jorannya dengan baik.“Kalau satu joran, kata adat dah tentu mangsa dapat didaratkan. Tetapi ada yang tamak maka rezeki terlepas begitu saja,” suaranya kesal lalu mengingatkan kepada semua kaki pancing supaya tidak menggunakan joran pancing lebih dari dua batang dalam satu-satu masa.Cara ini juga tidak menyusahkan rakan pancing yang lain selain tidak banyak tali yang dilabuhkan ke dasar yang boleh mengundang tali tersangkut antara satu sama lain dalam keadaan arus yang kadang-kadang bertukar sekelip mata.Justeru, daripada pengalaman Pokde Deris adalah lebih jelas dan baik untuk kita menjadikan petua amalan dengan membawa peralatan memancing secara terhad demi memberikan keselesaan kita yang hendak memancing dan tidak mengganggu rakan pancing yang lain. Ini sekali gus tidak membawa beban yang berat kerana tidak semua peralatan berkenaan di gunakan pada satu-satu masa.Keselesaan perlu diambil kira untuk memancing bukan beban yang banyak di bawa ketika hendak turun memancing sama ada di kolam, tasik, muara mahupun laut dan sungai

Amal prinsip memancing adalah hobi

SEBELUM turun memancing sama ada memancing di laut, sungai, kolam, lombong atau tasik kadang-kadang kita berdepan pelbagai masalah peribadi, keluarga mahupun di tempat kerja. Justeru, masalah ini pasti menghantui fikiran kita untuk turun memancing. Jadi, tentunya kita tidak dapat ketenangan ketika berada di lokasi memancing lebih-lebih lagi jika lokasi itu berada jauh di tengah laut.Dalam keadaan begini, kita harus berpegang pada prinsip bahawa memancing adalah hobi (kegemaran) individu yang boleh diubah suai keadaannya mengikut keadaan daripada semasa ke semasa. Andai kata anda sedang menghadapi anak sakit kuat yang perlu rawatan segera atau ahli keluarga dalam keadaan nazak atau isteri hampir melahirkan bayi, adakah anda akan keluar juga memancing?Anda sanggupkah meninggalkan tanggungjawab untuk bersama mereka hanya semata-mata kerana anda mahu memancing? Atau, dapatkah anda merasa selesa dan seronok ketika berada di lokasi memancing sedangkan di rumah ada pertarungan antara hidup dan mati?Jawapannya sangat mudah. Lupakan soal memancing, tangguhkan tarikh atau anda seorang dikecualikan daripada kumpulan yang sudah dirancang sekiranya bot yang ditempah tidak boleh dibatalkan. Biarkan rakan yang lain meneruskan ekspedisi tanpa anda.Kita jangan terlalu memikirkan soal hobi, sebaliknya soal tanggungjawab sebagai seorang insan yang bernama ayah, suami atau ahli keluarga tertua perlu dilihat sebagai satu yang penting. Apa yang Pak Nuri agak kesal masih terdapat kaki pancing (sebilangan kecil) masih mendahului hobi daripada tanggungjawab lain dan ini meletakkan hobi memancing itu kurang disenangi oleh para isteri dan kaum keluarga. Namun untuk menjadikan hobi memancing ini sebagai satu aktiviti yang diberi kepercayaan oleh isteri dan kalangan kaum keluarga, anda harus meletakkannya dalam keadaan suasana yang paling harmoni. Maknanya, pemergian anda ke lokasi tidak ada sedikit pun menyentuh hati nurani atau mengguris perasaan sama ada antara suami dengan isteri, anak dan ayah, kaum keluarga serta jiran.Dengan bersikap harmoni maka anda akan turun memancing dalam keadaan tenang dengan dihantar sendiri oleh isteri dan anak dengan iringi doa.Alangkah bahagianya jika keadaan begini anda dapat melakukan aktiviti memancing setiap kali anda turun memancing!Allah akan memberi ganjaran yang berganda. Insya-Allah.

Sentiasa baca surah al-Fatihah

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.Usaha baik ini patut dilakukan oleh semua kumpulan memancing sebelum turun ke laut atau ke mana saja pergerakan yang hendak dituju. Namun, yang tidak kurang pentingnya ialah sikap jujur dan ikhlas yang mesti ada pada setiap orang.Melakukan amalan baik ini antaranya membaca surah al-Fatihah dan mengucapkan selawat memuji Nabi Muhammad. Selain daripada mendapat pahala, ganjaran berkat atas perjalanan itu moga-moga Allah gandakan. Begitu mudahnya kita diberi Allah untuk mendapat pahala. Cuma kita saja yang melupakan pemberian baik yang dijanjikan Allah untuk hamba-Nya.Sehubungan itu, mana-mana individu atau kumpulan pemancing yang hendak memulakan aktiviti sewajarnya mengamalkan amalan baik sebelum turun memancing. Cuma apa yang perlu dititik beratkan ialah supaya amalan ini dapat digunakan secara lebih menyeluruh malah jadikan satu rutin dan petua.Bagi Pak Nuri, apa juga kebaikan yang tidak digunakan dengan paksaan adalah satu amalan paling dituntut oleh Islam dan bukan atas paksaan.Daripada pengalaman beberapa orang nelayan mengakui bahawa surah al-Fatihah jika dibaca dengan penuh khusyuk dan mengisi doa dalamnya pastinya kita akan dapat merasakan bahawa kita bagaikan berada dalam ketenangan, tenteram dan damai atau merasakan bahawa kita terlepas daripada ikatan sebarang kesalahan kepada Allah.Jika perubahan ini belum dapat kita rasakan kita maka masih belum berada pada tahap yang diterima Allah. Tetapi Allah sentiasa melihat akan kesungguhan kita jika kita benar-benar beriman kepada-Nya.Dalam erti kata lain, kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan dan kelemahan perlu sentiasa meminta kepada Allah pada setiap waktu dan saat supaya Dia memberikan kekuatan terutama ketika bakal berdepan dengan keganasan laut seperti ribut dan gelombang besar. Justeru, bacalah surah al-Fatihah berulang kali dan berdoa serta bermohon untuk kebaikan, kerana Allah lebih memahami sesuatu yang anda tidak faham.

Memancing elok berkawan

BIASANYA ada perundingan kecil sebelum menetapkan tarikh turun memancing sama ada di kolam, tasik, sungai atau laut. Cara begini sangat baik, tapi ada kalanya cara begini juga gagal dapat kata sepakat. Perkara ini timbul apabila ada pihak dalam kumpulan sering rasa tidak puas hati dengan satu pihak lain.
Kaitan yang sering dilakukan ialah dengan mengatakan pihak berkenaan menggunakan ilmu hitam, membawa tangkal dan pelbagai tuduhan sebelum turun memancing.
Pernah berlaku satu kumpulan yang menamakan dirinya �Memerang� tidak dapat turun memancing dalam tempuh berbulan lamanya disebabkan bertelagah sesama sendiri.
Apa pun petua terbaik harus diambil kira dengan mengenepikan cara berfikir yang sudah tidak relevan di zaman pembangunan ini, tapi bukan semua cara lama harus dibuang.
Penulis baru-baru ini bertemu dengan seorang nelayan veteran di Pantai Remis, Perak yang masih mengekalkan cara berkumpulan untuk turun memancing, sama ada di sungai atau laut dalam, sekali gus mengamalkan istilah lama �Jalan seorang kita mati - jalan berdua kita berkawan� lantas menolak ilmu hitam yang dipakai rakan pancing menyebabkan rezeki hilang dalam tangan, atau ikan lari ketakutan.
Tafsiran ini salah dan bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Allah yang menentukan segala apa yang terjadi bukan menggunakan ilmu hitam atau tangkal.
Untuk itu dalam segala hal yang ada hubung kait dengan memancing sama ada di sungai, tasik atau laut cara berkumpulan adalah yang terbaik dan tidak timbul untuk memikirkan pihak tertentu ada memakai ilmu hitam atau menggunakan hantu.
Petua baca selawat dan bismillah sebelum melangkah meninggalkan rumah dan baca selawat berkumpulan sebelum masuk dalam bot, Insya-Allah kita akan beroleh selamat.

Jangan meludah dalam laut

DALAM dunia nelayan ada banyak pantang larang yang kadangkala tidak dapat diikuti dengan teratur, namun daripada beberapa aspek yang lojik perlu diamalkan terutama petua yang mendatangkan kebaikan.
Nelayan terdahulu yang mengamalkan petua dan pantang larang seperti tidak membawa pulut kuning, telur, daging mentah, bertih sering dikaitkan sebagai makanan syaitan di laut, hari ini pantang larang itu tidak diendahkan oleh pemancing dan tekong bot sendiri.
"Kita yang nak makan, bukan nak jamu orang atau makhluk lain," itu yang diperkatakan oleh mereka dan rata-rata menolak dakwaan ribut yang datang itu bukan daripada petua yang salah.
Apa pun ada baiknya diterjemahkan semula petua yang boleh diamalkan seperti bersiul pada waktu malam, menjerit-jerit, mulut lantang yang tidak bertapis cakap, mencabar untuk berentap dengan ikan sebesar kapal atau mengunakan ilmu hitam yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Lebih daripada itu mereka sanggup mengunakan kain kapan orang mati yang diambil dari kubur yang baru di kebumikan, tali orang mati digantung malah banyak lagi perkara yang salah di gunakan.
Ini bukan saja mengundang dosa tapi akan berdepan dengan bahaya di laut yang bukan sedikit. Petua atau amalan begini tidak boleh dipakai sama sekali. Sebaliknya melangkah turun dari rumah dengan mengingati Allah adalah sebaik-baik amalan dan meludah di laut segera dihentikan kerana laut tempat kita mencari rezeki yang perlu dihormati.
Rezeki yang kita ambil dari tempat berludah adalah satu perbuatan jijik malah dijadikan makanan untuk keluarga. Justeru adalah lebih baik supaya kita tidak meludah di laut sesuka hati, berludah saja dalam plastik atau tidak membuang benda-benda kotor di laut.

Jangan buang tangkapan pertama

ADA petua yang mengatakan - rezeki pertama yang didapati pada setiap kali aktiviti memancing sangat berkat terutama kepada kaki pancing sama ada di laut mahu pun di darat.Petua kali ini memfokuskan kepada pemancing di laut. Justeru, ingatlah apabila kita mendapat ikan pertama sebaik saja mulakan aktiviti memancing maka itu adalah rezeki dari Allah dan tidak harus dibuang semula ke laut jika ikan itu sangat kecil atau spesies ikan yang tidak berguna.Pendapat dan pandangan beberapa orang nelayan veteran yang ditemui mengakui bahawa rezeki pertama itu jika dibuang semula ke laut atau tasik mahu pun sungai ertinya kita tidak mensyukuri nikmat pemberian Allah sedangkan kita mencari rezeki lumayan buat keluarga.Pernah berlaku nelayan pulang dengan tangan kosong kerana dikatakan membuang ikan pertama yang tersangat kecil yang dinaikkan dan selepas itu beliau tidak dapat seekor ikan pun hingga pulang. “Bagaimanapun ini tidak harus diletakkan sepenuh kepercayaan, kerana rezeki datangnya dari Allah. Justeru, Allah yang menentukan sama ada kita bernasib baik atau sebaliknya selepas memperoleh tangkapan pertama itu. “Cuma logiknya rezeki yang diberi itu kita kena mensyukuri dan tidak membuangnya semula,” kata Tok Ayub seorang nelayan veteran dari Kesang Laut, Melaka.Pernah berlaku peristiwa begini kepada seorang pemancing laut di perairan Pulau Jarak yang mendakwa beliau tidak memperoleh seekor ikan pun sepanjang ekspedisi tiga hari dua malam kerana membuang anak ikan kerapu pada tangkapan pertama.Namun beliau tidak langsung mengaitkan bahawa perkara itu menyebabkan beliau tidak bernasib baik. Cuma ada kemungkinan hari itu bukan harinya.Apa pun bagi Pak Nuri, rezeki yang datang dari Allah adalah pasti dan sebaliknya cuma terpanggil mengisi logik dan kebenaran yang nyata bahawa sebarang rezeki yang diberi Allah sama ada baik atau tidak kita kena menerimanya dengan ikhlas.Bagi Pak Nuri, langkah terbaik dan mensyukuri nikmat rezeki yang diberi Allah walau sekecil mana sekali pun kita kena menerima dengan ikhlas dan tidak membuangnya semula ke laut bagi pemancing yang memancing di laut malah adalah baik sebarang tangkapan pertama itu diambil sebagai rezeki berkat dari Allah.

Anggap tidak dapat ikan sebagai ujian

RAMAI yang bertanya Pak Nuri, apakah petua yang membolehkan kita mendapat ikan setiap kali turun memancing. Pada masa sama, petua itu boleh mengatasi rakan pancing yang lain.Ada beberapa petua yang perlu diamalkan. Ini tidak ada kaitan dengan mengamalkan serapah jampi atau kepercayaan yang boleh memisahkan akidah sebenar yang dituntut oleh agama Islam. Kita kena berpegang pada kalam Allah - rezeki, jodoh pertemuan dan kematian di tangan Allah - dan berusaha itu satu kewajipan.Justeru, petua memancing untuk mendapat ikan, kita kena tahu jenis umpan yang digemari oleh spesies ikan di sesuatu kawasan memancing, waktu ikan lapar dan memburu umpan. Arus air laut dan perambut panjang atau pendek turut memainkan peranan bagi menarik perhatian spesies ikan.Lokasi tukun, lubuk atau karang yang sudah dikenal pasti ada dihuni ikan dan umpan yang terbaik seperti ikan atau udang hidup tentu berjaya menjinakkan ikan dengan teknik pancing dasar atau jigging.Dalam soal ini, tidak ada amalan serapah jampi diguna pakai bagi menarik perhatian ikan. Namun apa yang berlaku di dasar laut ialah umpan terbaik saja yang akan diburu ikan. Anda perlu selalu menukar umpan sambil bermain tali supaya umpan yang terapung itu dapat menarik perhatian ikan yang berlegar-legar di dasar.Usaha ini perlu dilakukan dengan sabar dan yakin walaupun kadang kala ada umpan pemancing yang tidak disentuh langsung oleh sebarang ikan dalam masa yang begitu panjang sedangkan rakan pancing di kiri kanannya sudah berjaya mendaratkan pelbagai spesies ikan.Kerana terlalu kecewa, ada pemancing akan sering bertukar-tukar joran dengan rakan sebelah. Namun beliau tetap menerima nasib yang sama. Sedangkan rakan yang menggunakan joran yang berpindah tangan itu terus mendaratkan ikan seperti biasa.Justeru, ini bukan salah joran atau umpan yang tidak kena. Umpan yang digunakan adalah sama dan kadang kala tekong sendiri yang memasangnya. Berakhir ekspedisi 24 jam atau 36 jam, pemancing itu menerima nasib kurang baik kerana tiada seekor ikan yang dapat dipancing. Siapa yang salah dalam perkara ini? Kenapa ikan tidak mahu menyentuh umpan pemancing ini? Sedangkan ikan mungkin banyak di dasar dan meragut umpan yang sama digunakan oleh rakannya?Dalam situasi begini, kita harus menerima hakikat bahawa mungkin ini satu dugaan Allah dan tentu ada hikmah di sebaliknya. Anda jangan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atau lebih teruk anda menganggap diri anda seorang yang malang.Ingatlah, Allah yang menentukan nasib anda dan rezeki yang bakal diperoleh kelak. Syaratnya anda kena bersabar dan sentiasa bersyukur.

Saturday, March 7, 2009

Aku dan Kenangan

Aku adalah aku dah kenangan tetap akan berlalu dalam hidup aku,,tiada insan lain yang dapat merubah diri ini melainkan diri sendiri.....Maka kucoretkan dan kugambarkan kenangan-kenangan yang terpahat disudut hati ini keran ia adalah kenangan yang amat membahagiakan diriku ini disamping teman-teman seperjuangan...

Cinta dan Kenangan

KamuSebagai insan kita tidak dapat lari daripada istilah bercinta,....jatuh cinta dalam diam,syok sendiri,makan hati dah kecewa adalah lumrah dalam bercinta.....Maka wujudlah kenangan-kenangan yang terindah biarpun ia kenangan terpedih dalam hidup ini bila insan yang disayang dilmiliki oleh insan lain....tentunya kita pasrah atas kehendak takdir keran itu semua dah tersurat....So kepada mereka yang pernah bercinta hingga kejinjang pelamin,pernah kecewa hingga merana dan mereka yang redha atas kehendakNya,kita kongsilah kenangan biarpun pedih untuk di ingati dan kita terjemahkan atas nama sesama insan...

Santai Pancing


Sesungguhnya apabila kita memancing ia bukan saja sebagai hobi tetapi,ia mengajar kita erti kesabaran dalam kehidupan....So kepada kawan-kawan marilah kita sama-sama berkongsi erti kesabaran ini....